Dah agak lama tak menulis di sini. Sedar-sedar sudah Tahun Baru 2012. Mood back to school pun sudah menjelma. Tahun ni saya bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan centre OT dzariff. Tapi saya mengajar di sesi petang, mengajar pun pelajar menengah rendah...dah 8 tahun tak mengajar menengah rendah, mesti kekok dan ada perasaan tak reti macam mana nak ajar budak kecik.
Tahun ni dzariff dah 6 tahun. Perkembangan semakin baik walaupun tak sama dengan kanak-kanak tipikal. At least sudah echolalia, agak bagus menggunakan komputer, dah boleh pegang pensel, menulis dengan bantuan. Fokus masih berterabur. Tahun ni saya bercadang nak hire seorang OT aide at school untuk dzariff. Tapi bukan mudah nak dapatkan...pening kepalaku. Kita tgkla 7hb ni ada interview...i update later. Kalau OT aide tak menjadik, saya akan teruskan di CVC sambil berkira-kira buat perancangan nak pindah KL. Nasom Titiwangsa dah call lagi bila nak daftar diri. Dalam kepala saya sebenarnya sangat berserabut nak pikir tentang sistem yang saya nak cuba laksanakan di Johor Bahru iaitu menyediakan shadow aide supaya dzariff belajar di aliran perdana. Saya tak dapat jangkakan penerimaaan guru-guru di sekolah rendah nanti. Saya cuma mampu berusaha, memujuk dan bertegas dengan keputusan saya. Kalau keadaan berlaku tidak seperti yang saya rancangkan, maka alternatif berpindah ke KL menjadi keutamaan keluarga kami. Nampaknya tahun 2012 ni, bukan hanya perlu memperbaiki mutu pendidikan dan mencapai objektif pendidikan dzariff, tapi saya juga mula perlu berperang, berbincang dan bermesyuarat dengan masyarakat di sekolah supaya memberi peluang kepada dzariff supaya dapat belajar di aliran perdana sama seperti kanak-kanak tipikal lain.
Saturday, December 31, 2011
Tahun Baru 2012....Teruskan perjuangan!
Tuesday, November 22, 2011
A simple entry..yang tak simple pun
A simple entry...
Untuk dijadikan ingatan...
Dzariff dah pandai tiup..yahooo!!!! Perkara kecil bagi anak lain tapi tidak bagi anak istimewa saya. Dah 2 tahun saya beli benda ni.. iaitu semasa Dzariff pertama kali membuat assessment bersama OT Syikin, dan keputusannya Dzariff mungkin menghidap mild autism. Pada waktu tu, saya dan suami membelanjakan wang yang agak besar, apa aje yang Syikin ada untuk sesi terapi Dzariff, kami akan beli walaupun barang cinonet harga dekat ratus-ratus pun kami beli jugak. Konon-konon bila beli semua tu Dzariff akan pulih. Sebenarnya bukan macam tu ye puan-puan sekalian, beli-beli jugak, tapi mesti kena buat latihan dan terapi berulang kali dan berterusan. Autism bukan setakat boleh baling bola, ataupun balancing atas titi, bukan juga boleh buat straight line dan lukis bulatan. Autism is a spectrum. Biasanya kanak-kanak autisme akan mengalami masalah focusing and concentration, lack of eye hand coordination, behaviour problems, and social and communication problems. Jadi masalah autisme takkan boleh diselesaikan sekelip mata, 2-3 bulan, ataupun dengan beli barang2 mahal. Apa yang penting KERJASAMA antara suami isteri dan ahli keluarga lain untuk memahami apa itu AUTISME dan sama-sama buat latihan terhadap anak. Tak dilupakan sesi terapi yang banyak-banyak dan sekolah serta guru yang sesuai.
Berbalik kepada benda alah ini...atau namanya ialah wisel yang biasa kita nampak untuk birthday party tu. Umur benda alah ni dah 2 tahun, dukla terjeruk dalam plastik, siap ada label harga toys r' us. Masa beli dulu Dzariff takleh langsung tiup. Bukan ni aje, nak tiup bubble buih sabun tu pun tak boleh. Tapi minggu ni bersempena sesi belajar secara agresif sempena cuti sekolah, dia dah berjaya meniup benda alah ni. Yeaaahaaaa.......yabedabeduuuu....Dalam masa 2 hari, satu dah rosak sebab selalu sangat kena tiup (air liur berkumpul). Layan aje la. Dia pun happy je dapat tiup secara tak langsung ni dijadikan reward bila dia berjaya siapkan tugasan. Dah happy naik ke langit bila dapat tiup.
Yang kedua, dalam mama habis duit sebab bulan ni pegi beli banyak-banyak educational items untuk Dzariff kat KSL dengan Teacher Syikin, mama still lagi sempat menghabiskan duit-duit terakhir kat Danga City Mall sempena Popular Mega Sale membeli ini.....
dan hasilnya malam ni.....
Bukan flash card tu..yang tu beli kat KSL...yang laminate tu la...!! Dah lama berhajat nak beli..kali ni aku tak kira, ada duit ke takde duit ke...aku nak jugakkk!!!
Banyak menda dah diplankan sepanjang cuti sekolah ni, harap-harap semuanya menjadik!
Wednesday, November 16, 2011
Pot pet mama versi ke ntahhh...
Salam siaran tertunda. Dah 5 minggu tak update blog. Macam-macam cerita, macam-macam hal, lagi-lagi nak hujung tahun nak habis sekolah ni.
Taktau nak tulis apa sebab dah lama tak merepek meraban dalam blog yang saya sendiri tulis dan saya sendiri jadik tukang baca.
1.Mula-mula, laptop comel kaler pink saya dah selamat dikerjakan oleh Dzariff. Dengan penuh kebestannya dia tuang milo atas laptop. Bila bawak ke kedai, dah jadik gone case, baik beli yang baru. Huhuhuhu...sampai sekarang belum gantikan lagi. Tapi Raya Haji hari tu, kami ke KL, sempat singgat Loyat beli satu laptop untuk Dzariff. Bajet 1000 aje dapatla RM1100.
2. Saya dah dapat pindah ke sekolah lain. SMK Seri Perling bermula Januari 2012. Tapi sebenarnya saya nak pindah SMK Damansara Aliff. Nanti nak ke PPD bertanyakan boleh pindah ke tak. Perasaan nak tinggalkan SIGS...PLAIN...takde apa apa perasaan. SIGS is a great school. Saya sangat sangat sangat suka dan sayangkan kawan-kawan dan pelajar-pelajar tetapi saya tak tahan dengan long working hours dan activities. Lagipun nak ngajar berdekatan sekolah Dzariff.
3. Hari Konsert Tadika Elit Ceria on Nov 12th, 2011. Dzariff jadi The Lion King. Hihihihi...gambar will be upload later. Next year me and hubby nak jadik volunteer pulak.
4. Dzariff kena muntah-muntah and demam on Nov 14th. Since semua air keluar balik, maka saya bawak ke Kempas Medical Centre. So kena tahan wad, masuk air etc..esoknya dia makin ok. So petang saya request balik, sebab nak kena pegi sekolah settle macam-macam. Malam tu temperature shoot up balik, bagi dia voltaren...ok sampai pagi and papa tak pegi keje jaga anak. Today dia dah ok. Selera makan masih tak ok...tapi dah tak muntah dan tak demam. Malam tadi saya grill ayam and kentang favorite dia. Yang tu dia nak makan.
5. Saya dah mula start rasa nak demam dan sakit tekak. Masih cuba bertahan sebab kerja berlambak-lambak kat sekolah. Tadi parents datang terima duit RM100. Tapi sebelum bagi duit tu, kenala dulu bayar pelbagai jenis hutang piutang. Bijakkan sekolah saya! Ada parents yang bebel sekolah kenakan tax..tapi dah awak tak jelaskan yuran anak awak dari awal tahun, ni dah hujung tahun...sendiri mau ingatla yek.
Dah..lain kali merepek lagi....
Wednesday, October 5, 2011
Pelangi selepas hujan
My new born special Dzariff |
Hujung minggu lepas, kami ke Kuala Lumpur, menghadiri kenduri doa selamat Abang Andak dan Kak Milah sempena kepergian mereka ke Tanah Suci. Dalam pada itu, sempat singgah ke Nilai International School memandangkan ada kawan-kawan FB yang mencadangkan Inclusion Programme di situ. Bila baca website, wah...macam nak aje sekolahkan Dzariff kat situ. Diorang ada collaboration dengan Autistic School dari Australia, dan cikgu yang mengendalikan Inclusion Programme khas untuk anak ASD dan Asperger pun minah salleh yang berpengalaman hingga 20 tahun mengendalikan kes-kes autisme. Semuanya macam ok, menarik dan tertarik, hinggalah pagi tadi saya menerima e mail dari mereka. Terduduk bila membaca untuk Inclusion Programme saya terpaksa membayar tambahan yuran RM8000 per term. Huhuhuhuhu....saya hanyalah guru sekolah menengah, suami juga begitu, walaupun Dzariff anak tunggal, tapi sungguh...kami tak mampu. Kalau setakat yuran untuk normal kid, boleh jugak gagah-gagah kami kumpul duitwalaupun terpaksa cut banyak perbelanjaan. Tapi yang ni dah sangat-sangat di luar kemampuan saya. Sepanjang pagi saya agak down saja....sedih...tak mampu sekolahkan anak di tempat yang baik. Dalam hati terdetik, kenapalah saya ni tak kaya-raya, duit berkoyan-koyan mampu nak sekolahkan anak saya?
Dalam hati kewalahan, saya teruskan tugas macam biasa. Tengok di hp ada miss call dari Kak Marina Ariff, rakan FB yang juga punya anak autisme. Katanya NASOM dah panggil Dzariff untuk sesi Januari 2012. Ya Allah, Tuhan menguji hati saya pagi tadi...kini Dia datangkan khabar gembira buat kami. Tapi masalahnya, tarikh tutup permohonan tukar antara negeri dah tamat. Sekolah Seni di KL juga belum buka...saya call pengurusan NASOM, maklumkan saya terima offer ini tapi terpaksa tangguh dulu sehingga kami bertukar ke KL. Dan Teacher Mano di NASOM bersetuju bila saya maklumkan Dzariff memang dalam Inclusion Programme di TEC dan menghadiri EIP di CVC. Dia kata he is on the right track. Mulai sekarang, kena set perancangan baru. We are looking forward for NASOM Titiwangsa!!!
Monday, September 26, 2011
Latihan Vokal
Dzariff buat corner eyes. Satu lagi ciri autisme yang ada padanya. Apa yang dijeling dan dipikirkannya pun tak tahu. |
Selepas balik raya, jerit-jeritan high pitch Dzariff semakin sering kedengaran. Bingit, tension, stress, rasa nak baling je bantal kat dia. Bukannya kurang perhatian yang saya dan suami berikan untuk dia. Maklumlah...anak tunggal, nak belek apa lagi kalau bukan dia. Selalu juga dia jerit bila saya bersembang dengan orang lain. Yang tu comfirm sebab bengang mama tak pedulikan dia. Ada juga jerit-jerit bila tengok youtube terutama part video clip yang dia suka misalnya ultraman dan macam-macam aznil. Berulang kali dia repeat scene tu, maka berulang kali jugakla dia membuat lontaran suara. Yang part ni tak paham kenapa nak jerit. Satu lagi kalau tak dapat apa yang dia nak, atau tetiba datang angin nak marah-marah takde sebab, boleh je dia buat latihan vokal.
Apa saya nak buat? Pakcik sebelah sedia maklum keadaan Dzariff, tapi saya tetap risau dengan jiran-jiran sekeliling. Ada kawan syorkan bawak ke Ustaz yang cerdik pandai, mintak tengok-tengokkan kenapa Dzariff jerit-jerit. Saya pulak spesis yang tak berapa dengan perubatan alternatif. Suami kata try aje la....mana tahu jadik. Okla....saya amik keputusan, try aje la...as long tak buat yang pelik-pelik, ubat pakai al-Quran dan solat hajat,okla kot....insya Allah.
Sunday, September 4, 2011
Delayed post: Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.
Syawal tiba lagi....Alhamdullilah.
Tahun ni giliran beraya di kampung saya. Kami bertolak pulang ke Kota Bharu pukul 3 pagi hari Sabtu, sebaik saja cuti sekolah bermula. Pukul 12.50 tengahari dah tiba di rumah Tok Ma dan Tok Ayoh Dzariff. Kali ni ada perubahan yang baik, Dzariff cuma ambil masa setengah hari saja untuk blend together dengan sepupu-sepupunya. Balik bulan 6 lepas, dia perlukan 3 hari baru ok nak berbaik dengan semua orang di kampung. Mama perhatikan Dzariff mula berkawan dengan sepupu yang lebih kurang sebaya. Dia selalu sebut nama Amar, Afiq dan Aisyah. Lagi satu, sepupu yang dah besar seperti Abe, Abe Mi(dipanggil A'a'a) dan Abe Bob juga menjadi kegemaran. Pak sedara kegemaran masih lagi dipegang oleh Papa Li.
Dzariff masih tunjukkan tantrum bila ke rumah saudara-mara. Tapi kejap aje. Bila dah dapat makanan yang dia suka (e.g: mee kari, sate) terus hilanglah menangis-nangis tu. Masalah makan masih jadi cabaran buat kami. Dia sangat memilih apa yang dimakannya. Risau...takut dia lapar. Nasib baik di rumah saya juadahnya sate, roti cicah kari ayam. Bila ke rumah mak long di Bangi, dalam banyak-banyak juadah yang sedap tu, dia nak makan pizza Domino sampai 3 keping. Nasib baik Pak Long order pizza berkotak-kotak.
Kami tiba di JB semalam pukul 1 pagi. 3 jam perjalanan dari Bangi....enche suami bawak laju sangat sampai saya takut nak tidor. Hari ni, operasi kemas rumah, basuh baju, pergi TESCO dan KIPMART restock semua bekalan. Puas hati tengok peti ais penuh. Kalau tetamu datang beraya mengejut pun tak panik. Bekalan mee kuning, udang, sotong dan ayam dah terisi siap nak campak dalam kuali saja. Bila buat semua kerja dalam satu hari, malam ni rasa nak demam la pulak. Tekak rasa sakit dan badan rasa bisa-bisa. Saya dah telan panadol dan clarinese tadi. Nak tunggu masa tido sambil-sambil update blog yang dah bersawang.
Saturday, August 20, 2011
Update Ramadhan
Sudah lama tak update blog....sedar-sedar dah masuk 10 terakhir Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Persiapan raya sudah hampir selesai. Baju raya Dzariff dah dibeli sehari sebelum Ramadhan, seluarnya dah hantar tailor untuk potong kaki seluar, baju Enche Suami dah beli minggu lepas, baju Puan Adilah dah beli dan tempah, dah siap pun....2 hari lepas,saya pegi ke Sutera Mall, memborong kasut raya Dzariff, dan kasut dan handbag saya. Rasanya dah lengkap semuanya. Tinggal minggu depan, nak amik beskut cap tunjuk.
Ada cerita tentang beli kasut raya saya. Debit card saya decline, so salesgirl tu swipe 3 kali, tapi still decline, so saya bayar aje pakai cash. Hari Jumaat, saya ke bank, cucuh duit dan sangat pelik kenapa tinggal sikit sedangkan Enche Suami dah masukkan sikit duit lagi untuk saya belanja-belanja. Rupanya yang decline 3 kali tu, masuk dalam sistem Maybank dan duit saya dalam bank kena tolak 3 kali. Hadoooiiiii...dah la nak raya ni. Malam tu saya buat report ke Maybank, so kena fakskan resit and particulars. So next time, kena guna cash aje la....buat tension je. Dahla nak dapat balik kena tunggu 45 hari bekerja...siotttt!
Pagi ni, saya menyusun atur perabot di tingkat bawah. Penat Enche Suami mengikut arahan mak mandur. Tak beli perabot baru pun...tukar-tukar susun letak saja. Lepas tu gantung langsir yang basuh dulu...tak tukar yang baru pun. Langsir yang ada tu elok lagi, tak yah beli. Lagipun tingkap kat bawah dengan tingkap bilik saya sama besar, tahun depan routed, yang atas bawak turun bawah...jimat!!
Wire extension berselerak |
Bersepah giler... |
Ruang makan baru |
Esok cadangnya nak ke Kluang kejap, nak ziarah kubur arwah mak dan bapa mertuaku. Dah lama tak jenguk ke sana. Lagipun tahun ni beraya di Kelantan. Lepas tu hajatnya nak singgah Ayer Hitam, nak cari bunga ke sikit....
Sebenarnya sangat tak sabar nak balik kampungku!!! Hari sabtu, cepatlah datang!!
Friday, July 29, 2011
Perancangan masa depan Dzariff
Semalam, Enche Suami tiba-tiba sahaja cakap "Apa kata mama amik je cuti tanpa gaji? Bila Dzariff darjah 1 nanti...kalau dia tak dapat NASOM Inclusion Programme". Wahhhh......aikkkk.....
Seriously, saya takut jugak nak amik cuti tanpa gaji ni, sebab rumah, saya yang bayar ansuran dari gaji saya, insurans saya dan dzariff....takut tak cukup duit. Suami kata dia rasa dia boleh cover semua tu, tapi taklah senang macam sekarang sangat hidup nanti..kena jimat-jimat sikit. Saya memang nak masukkan Dzariff di kelas mainstream dan saya sangat sedar masalah yang bakal timbul nanti jika tak masukkan dia di Pendidikan Khas. Dr Hasnah Toran juga menasihatkan saya masukkan Dzariff dalam aliran mainstream. Begitu juga beberapa kawan-kawan yang juga punya anak autisme. Tapi setakat masa ini, saya tak yakin Dzariff boleh dilepaskan sendiri di kelas mainstream. Jadi saya berpendapat, sekiranya Plan Nasom tak berjaya, saya akan jadi teacher aide Dzariff. Maybe saya boleh buat MOU dengan sekolah untuk jadi pembantu guru sukarela di kelas Dzariff selama setahun. Logik ke idea ni??? Tak tau....takut pentadbiran sekolah taknak and guru-guru cuak dengan saya nanti. Apapun try dulu, Dzariff masih ada setahun setengah sebelum memasuki darjah 1. harapnya semua akan ok dan saya tak perlu risau lebih-lebih macam sekarang. Penatla risau-risau ni.
Macam mana dengan perbelanjaan? Kerana saya juga menyumbang separuh dari perbelanjaan keluarga. Hmmmm....yang terfikir sekarang ialah saya akan amik offer ngajar tuisyen. Rasanya dengan pengalaman 9 tahun mengajar Add Maths dan Maths SPM....peluang untuk cari duit dengan tuisyen lebih banyak. Tak pun saya buat tuisyen sendiri macam Kak Syida. Boleh work from home. Saper nak hantar anak tuisyen, carikla saya ye! Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini.....aminn!!!
Wednesday, July 27, 2011
Reunion Autism Families in JB
Mari sapu sarang labah-labah dekat blog ni....hihihihi..Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera...
lama benar tak menulis merepek meraban di blog ini. Ketandusan idea bercampur sikap MALAS membantutkan niat menyerikan diari kehidupan bersama Che Mamat Tembam dan Enche Suami di dalam blog mama ni. Apa perkara yang menarik minggu ini?? Well....kami, keluarga istimewa autisme di JB ni dikunjungi oleh Superstar Umar Hasfizal, Puan Marina Ariff, Enche Hasfizal dan Brian Lim. Tak kenal Umar??? Dia seorang remaja autisme, hensem gitu....dan dia sangat pandai menyanyi dan sering mengadakan pertunjukan pentas untuk membuktikan remaja autisme pun BOLEH!! Caya laaa....jom layan gambar yang diamik dari kamera Kak Syida Yep sexy, Che Zamri macho dan Kak Marina jelita. Mana gambar dari kamera saya...well...disebabkan terlebih reti, maka saya telah terdeletekan pics yang saya amik....kuangkuangkuang....
Fatastic four :Abil, Hariz, Dzariff and Umar encem |
Mama ketawa...kuangkuangkuanggg |
Operasi makan...nyumnyum |
Family Enche Zamri Macho and Kak Nora cute+mama+Dzariff bambam+Umar encem |
We are supermoms and we are proud of our sons |
Saturday, July 9, 2011
TEC Sport Day 2011
Pagi ini, Tadika Elit Ceria mengadakan Hari Sukan di Kompleks Sukan Mutiara Dato' Onn. Kami tiba di sana jam 9.10 pg. Kemudian ada nyanyian, dance..pastu start acara sukan. First event acara sukan Dzariff. Acara lari bawak blog giant macam lego tu, pastu susun....Start aje event, DJ pasang lagu bob the builder. Apa lagi, che mamat pun terkedek-kedek menari dan bukan berlari...kuangkuangkuangggg.......beria-ia mama dengan papa suruh lari, dia ingat suruh menari. Anyway, Dzariff dapat number 4 dari 4 kumpulan...hahhahah....tu la, orang suh lari dia menari, sape suruh....cute aje!! Takpe...semua dapat medal.
Pastu terus terjun kolam, swimming dengan Teacher Benny for 1 1/2 hours. Naik je budak hitam terus terkam bekal nugget makan 4 keping, pastu makan nasi+ayam goreng and milo ais satu gelas. Pukul 12.15 pm balik...
Friday, July 8, 2011
Bengang
Minggu ini emosi saya terganggu gara-gara sang boss besar yang rasanya diri sangat besar sampai hilang sudah rasa hormat padanya.
Sebagai seorang guru, kami cuma dapat 7 hari cuti rehat khas sahaja setahun. Bila tiba cuti sekolah, kami bercuti seperti pelajar. Itu pada nama sahaja. Hakikatnya 1/3 dari tempoh cuti, pentadbiran sekolah boleh memanggil kami ke sekolah untuk berkhidmat. Dan sentiasa membawa timbunan kertas peperiksaan untuk disemak....jadi cuti sekolah takde lah cuti sangat.
OK...balik kepada cuti rehat, saya dah ambil 1 hari cuti sebab Dzariff demam. Jadi plan nak amik another day so that saya boleh ke KL dan daftar Dzariff ke NASOM. Baru bukak mulut nak apply cuti, terus dicantas oleh boss besar. Direct aje dia cakap anak awak sakit, jadi dah banyak kelonggaran diberi...tak boleh cuti lagi nanti orang lain bising.
"Excuse me puan! Anak saya tak sakit ok!! dia cuma autistic plus semua kerja saya bereskan tepat pada masanya. Result students saya terbaik...dan sukatan pelajaran untuk tahun ni semua dah saya habiskan. Even, saya menolong kawan-kawan lain menghabiskan sukatan. Kelas tambahan cuti sekolah semua saya sapu.....saya cuma nak cuti 1 hari sahaja supaya anak saya berpeluang bersekolah di tempat yang lebih baik. Dan awak, che puan, tak ada hak untuk menghalang anak saya yang autistic tu mendapatkan pendidikan yang terbaik yang boleh dan mampu saya berikan. Plus cuti rehat tu saya punya....ikut suka hati sayalah nak buat apa dengan cuti saya. Apa awak sebukk....saya taknak jadi macam awak yang pukul 1-2 pagi pun still tak tidor duk pikir macam-macam cara nak beat sekolah laki awak. " Tapi tu dialog dalam hati yang sakit dan pedih amat kerana dia berpendapat saya menggunakan anak saya untuk kepentingan diri saya. Itulah nasib saya, guru DG41 yang dianggap muda dah bodoh( wehhhh...kalau aku bodoh aku tak score SPM tau...aku tak grad Actuarial Science tau...and aku tak jadik cikgu add maths yang macam nak pecah otak ngajar budak-budak, ko ada????) Takpe...hari ni hari ko berkuasa, kenkonon boleh ko nak arah itu ini kat cikgu ko, boleh la ko nak tunjuk veto ko tu ...ko ingat sekolah tu jalan ke kalau ko sorang je kat situ?? Dunia bulat jer wehhh...kejap je ko kat atas. Till then, peace....!!!
Thursday, June 30, 2011
Guru Pembimbing
Dzariff ponteng SI class 3 days in a row. And thanks to mama and her kursus guru pembimbingnya. Saya sudah tak boleh lagi mengelak kursus sebegini yang mengganggu jadual kelas Dzariff. Tersepit antara tanggungjawab terhadap karier dan pendidikan sang anak. Namun beralah juga kerana karier kerana selalu sangat saya dikecualikan oleh majikan atas alasan sekolah anak.
Layakkah saya bergelar guru pembimbing? Ada 2 orang guru praktikum KPLI akan hadir di sekolah saya dan saya dpilih untuk menjadi guru pembimbing mereka. Layakkah saya?? Selepas hampir 10 tahun mengajar dan sering juga menjadi pakar rujuk kawan-kawan, kali ini giliran saya pula...masalahnya, saya rasa saya pun masih perlu dibimbing, camne pulak nak bimbng orang lain ni. Harapnya semua akan ok aje.
Tuesday, June 14, 2011
Back to our routines
Anak sape la ni |
Minggu ini bermula kembali rutin harian saya, Enche Suami dan Dzariff selepas 2 minggu bercuti. Tapi perubahan yang tak best adalah kegemaran Dzariff yang suka jerit-jerit high pitch yang sebelum ini dah semakin berkurang, dah kembali semula. Bingit telinga dengar dia menjerit bila kemahuan tak dituruti. Terutama bila taknak buat exercise dan sengaja nak tarik perhatian kami. Apa nak buat ni, saya bertanya kepada cikgu CVC dan ibu-ibu di sana. Jawapan mereka, budak-budak ini, selalunya kelakuan berulang-ulang mereka akan kembali terjadi selepas 'sembuh' buat beberapa lama. Kemudian akan hilang semula. Macam tu lah lebih kurangnya. Jadi kata kuncinya ialah BERSABARLAH WAHAI MAMA DZARIFF. Sentiasa ingatkan/marah lembut/marah betul/babab sekali sekala bila dia mula perangai jerit-jerit pekak telinga kita ni. Harap-harap janganlah episod jerit-menjerit ala-ala tarzan ni berpanjangan.
Hujung minggu lepas, tempahan baju melayu Dzariff dan suami dah siap. Dah ambil dan belikan samping sekali. Dzariff pun saya tempahkan jugak sebab selalu tension cari baju melayu yang ngam saiz dia...RM60 jugak upah baju budak. Tinggal lagi t-shirt dan seluar aje yang belum. Sikit-sikit prepare untuk raya. Tak terasa sangat nanti.
Wednesday, June 8, 2011
Cuti Sekolah Part 2
Salam siaran tertunda. Berikut adalah tentatif dan aktiviti kami sepanjang cuti sekolah:
2 Jun 2011
4.15 pagi: Bertolak dari JB. Enche Suami mandi dulu, saya dan Dzariff terus heret selimut masuk dalam kereta dan sambung tidur.
5.58 pagi: Singgah masjid Sungai Lalang untuk solat Subuh
9.30 pagi: Berhenti mandi di Masjid Al Muktafibillah
1.45 petang: Yahoooo....sudah sampai rumahku yang terchenta. Terus pegi makan kenduri rumah Abe Mud
4 Jun 2011
Hari ni ada jemputan kenduri untuk 5 buah rumah. Kami pergi ke semua rumah. Malam tu saya sakit perut, muntah-muntah sampai 3 kali and terus demam terketar-ketar.Lepas telan panadol 2 bijik dan urut perut oleh tok bomoh angin a.k.a Enche Suami baru ok.
7 Jun 2011
9.00 pagi: Bye-bye KB.
2.30 petang: Hello Bukit Gambang Resort City. The counter officers were lousy and too damn slow...sighhh!!.The room was ok. We should opted for family apartment instead of studio. The air-cond unit was not capable to cool the entire studio but still doing fine. The swimming pool....another sighhh....keruh and gatal kulit den...tapi Dzariff syok aje...
7.30 malam: Dinner...sedaaaappppp and sedaaappppp.. Nasib baik! Lepas tu gi merayap kat arked main game
8 Jun 2011
8.30 pagi: Breakfast....sedaaaappppp!
10.30 pagi: Waterpark....the besttttttt! We spent RM 336 for room, meals and tickets for 2 to the Waterpark. Bought another child ticket for Dzariff for RM14.90 and another RM50 for foods and drinks in the park. The tram cost us RM1 each.
2.45 petang: Bye-bye Waterpark
7.00 malam: Hello JB
2 Jun 2011
4.15 pagi: Bertolak dari JB. Enche Suami mandi dulu, saya dan Dzariff terus heret selimut masuk dalam kereta dan sambung tidur.
5.58 pagi: Singgah masjid Sungai Lalang untuk solat Subuh
9.30 pagi: Berhenti mandi di Masjid Al Muktafibillah
1.45 petang: Yahoooo....sudah sampai rumahku yang terchenta. Terus pegi makan kenduri rumah Abe Mud
4 Jun 2011
Hari ni ada jemputan kenduri untuk 5 buah rumah. Kami pergi ke semua rumah. Malam tu saya sakit perut, muntah-muntah sampai 3 kali and terus demam terketar-ketar.Lepas telan panadol 2 bijik dan urut perut oleh tok bomoh angin a.k.a Enche Suami baru ok.
7 Jun 2011
9.00 pagi: Bye-bye KB.
2.30 petang: Hello Bukit Gambang Resort City. The counter officers were lousy and too damn slow...sighhh!!.The room was ok. We should opted for family apartment instead of studio. The air-cond unit was not capable to cool the entire studio but still doing fine. The swimming pool....another sighhh....keruh and gatal kulit den...tapi Dzariff syok aje...
7.30 malam: Dinner...sedaaaappppp and sedaaappppp.. Nasib baik! Lepas tu gi merayap kat arked main game
Sesi memanaskan badan. Kenkonon cuak la nak main air. |
The spacious studio with unpaid model |
Bukit Gambang Waterpark. Gelang hijau mama tu sebenarnya kunci loker. |
Budak lapar...kat dalam waterpark nak main air aje, makan taknak. Kat luar baru kebulur |
Bodyguard cum driver |
Tram nak balik ke resort. Dzariff dah tak daya lagi nak zzzzz..... |
8 Jun 2011
8.30 pagi: Breakfast....sedaaaappppp!
10.30 pagi: Waterpark....the besttttttt! We spent RM 336 for room, meals and tickets for 2 to the Waterpark. Bought another child ticket for Dzariff for RM14.90 and another RM50 for foods and drinks in the park. The tram cost us RM1 each.
2.45 petang: Bye-bye Waterpark
7.00 malam: Hello JB
** Ni aje tempat yang cool and menepati kriteria ketinggian Dzariff. Tu pun dah 4 jam weh main kat sini** |
Tuesday, May 31, 2011
Cuti Sekolah Part 1
Lama tak bukak blog. Hambatan kerja menyelesaikan markah peperiksaan pertengahan tahun pelajar, kerja rumah dan mengsettlekan Dzariff dan Enche Suami...semualah sekali sehingga saya selalu malas nak bukak blog. Bulan Mei, banyak peristiwa....Mother's Day, Teacher's Day and our 6th anniversary. Sambutan sederhana sahaja, ada sesi makan-makan di luar. Kemudian cuti sekolah bermula...yeahh!!!
Dzariff menyertai summer camp di CVC selama 3 hari bermula semalam. Semalam ada sesi baking cookies dan jalan-jalan ke GIANT pegi main games. Hari ini, pegi ke zoo, batik painting dan makan McDonalds. Esok ada swimming and movie kat cinema. Diorang tgk Kungu Panda 2. Apa yang saya dan suami buat sementara Dzariff ke summer camp? Semalam, kami pergi kedai aksesori kereta, tinted cermin depan dan pasang CD player baru. Hari ini pergi CS dan saya berjaya mengswipe credit card untuk sepasang kaca mata (saya tak ada kaca mata semenjak usia Dzariff 8 bulan...patah dikerjakan) dan potong and treatment rambut di Thomas and Guys. Kalau tunggu balik KB baru potong rambut, rasanya harganya murah separuh dari yang kena bayar tadi..tapi syok gak sekali sekala memotong rambut dengan aman damai dan tak kalut nak balik. Esok...taktau lagi plan apa.
Lusa, balik KB...yahooooo!!! Yang tu paling best.....lusa, cepatlah datang ye!
Dzariff menyertai summer camp di CVC selama 3 hari bermula semalam. Semalam ada sesi baking cookies dan jalan-jalan ke GIANT pegi main games. Hari ini, pegi ke zoo, batik painting dan makan McDonalds. Esok ada swimming and movie kat cinema. Diorang tgk Kungu Panda 2. Apa yang saya dan suami buat sementara Dzariff ke summer camp? Semalam, kami pergi kedai aksesori kereta, tinted cermin depan dan pasang CD player baru. Hari ini pergi CS dan saya berjaya mengswipe credit card untuk sepasang kaca mata (saya tak ada kaca mata semenjak usia Dzariff 8 bulan...patah dikerjakan) dan potong and treatment rambut di Thomas and Guys. Kalau tunggu balik KB baru potong rambut, rasanya harganya murah separuh dari yang kena bayar tadi..tapi syok gak sekali sekala memotong rambut dengan aman damai dan tak kalut nak balik. Esok...taktau lagi plan apa.
Lusa, balik KB...yahooooo!!! Yang tu paling best.....lusa, cepatlah datang ye!
Sunday, May 15, 2011
Happy Teacher's Day Cikgu
Happy Teacher's Day, May 16th 2011.
Hidup saya dilingkungi guru-guru. Ma dan ayah saya cikgu sekolah rendah. Arwah bapa saudara saya juga cikgu sekolah rendah. Semasa saya berumur 7 tahun, ma saya mengambil option bersara awal untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang masih bersekolah. Kemudian, saya dan abang saya pula meneruskan legasi keluarga menjadi guru. Sepupu-sepupu pun ramai yang bergelar guru. Saya juga bertemu jodoh dengan seorang guru muzik. Walaupun semasa belajar KPLI, saya duk la mengorat ustaz yang ambil kursus Al-Quran dan Tarranum...hahhahaha!!!
Kenapa saya jadi cikgu? Saya sejujurnya berkelulusan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Sains Aktuari. Second Class Upper. Semasa batch saya tu, hanya 3 orang budak Melayu yang lulus Second Class Upper. Yang lain Second Class Lower atau Third Class. Kalau diikutkan chances saya, paling-paling koman pun saya dapat kerja yang setaraf sikit, gaji starting 2-3 ribu di insurance company...tapi saya suka mengajar. Jadi tetaplah saya mengajar di sekolah menengah, mengajar subject kritikal yang sering mendapat kritikan pentadbir kerana prestasi pelajar yang masih tak bagus walaupun dah macam nak mati cikgu bekerja. Dan disebabkan passion yang tak bertepi untuk mengajar, mulalah saya naik angin bila baca komen-komen parents pasal cikgu yang tak sesuaaaiii di laman blog, FB etc. Kenapa naik angin? Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang?? Ye...betull...ada cikgu yang sekadar mengajar ala kadar, tapi saya tahu, saya tidak begitu...saya sangat komited dengan students dan career saya. Dan saya ingin membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar supaya mereka lebih banyak pilihan kursus sewaktu di Universiti nanti. Sebab itulah saya mengajar bersungguh-sungguh. Supaya ajaran saya 'sampai' kepada anak murid dan mereka berjaya dalam peperiksaan.
Hari guru tahun ni...saya sediakan beberapa hadiah kecil untuk teachers di sekolah Dzariff. Harga tak seberapa, yang penting ikhlas. Pengalaman saya hampir 10 tahun menjadi guru, setiap kali sambutan Hari Guru, bukannya hadiah yang dibanding-bandingkan sesama rakan, cukup sekadar ucapan Terima Kasih Cikgu....dan yang paling saya bangga bila ada bekas pelajar saya memberitahu saya dia dapat A untuk Add Maths dalam SPM dan kini menyambung pelajaran untuk menjadi Guru Add Maths kerana saya yang membuka mata dan mindanya dahulu...hihihi. Pelajar first batch yang saya ajar dulu, kini ada yang sudah hampir menamatkan pengajian perubatan, farmasi, engineering etc....dan yang saya tahu, setiap tahun pasti ada ucapan SMS dari mereka di Hari Guru. Itu hadiah yang lebih baik untuk saya. Wink..:p!!! Anak pelajar yang berjaya!!
Miniature perfumes untuk sesi bertukar hadiah guru-guru sekolah Enche Suami dan satu box untuk saya sendiri. Kategori beli hadiah untuk diri sendiri! |
Certificate untuk teachers yang ajar Dzariff. Print, laminate dan lepas ni lekatkan riben. |
Brooch yang akan dilekatkan atas certificate. Cikgu2 SIGS ramai yang beli brooch untuk diberi kepada cikgu-cikgu kat sekolah anak-anak. |
Sunday, May 8, 2011
Angan-angauu!!!
Jom berangan...
Kereta yang ku idam-idamkan semenjak jadik mak orang dan duk jauh di perantauan ni adalah kereta yang besar-besar ala-ala 4W drive gitu...supaya senang anak-anak nak tido/bergasak dalam kereta otw balik kampung. Oitt mokcik, macamlah anak ko sekerat padang bola????
Kereta yang ku idam-idamkan semenjak jadik mak orang dan duk jauh di perantauan ni adalah kereta yang besar-besar ala-ala 4W drive gitu...supaya senang anak-anak nak tido/bergasak dalam kereta otw balik kampung. Oitt mokcik, macamlah anak ko sekerat padang bola????
KIA RONDO |
Enche Suami yang perasan masih berjiwa muda tu nak kereta cam gini...
KIA FORTE |
Itulah namanya berangan-angan. Hakikatnya sangat sayang dengan Che Satria saya ni.
SIAPA KATA BARANGAN BUATAN MALAYSIA TAK BAGUS? CUBA DULU BARU TAU BAGUS KE TAK!! ~Francesca Peter dalam iklan kat SINAR~ |
Kereta saya dan suami dua-dua dah habis bayar. Teringin nak pakai kereta baru macam orang lain??? Teringin...kata hati kami....tapi kata otak kami....TAK PAYAH nak mengada-ngada. Elok lagi kan...pakai dulu. Duit buat bayar ansuran kereta tu terus potong gaji masukkan dalam Tabung Haji, ada rezeki nak jugak bawak Dzariff ke Mekah menunaikan umrah nanti...Insya ALLAH.
Till then, i rest my case....
Thursday, May 5, 2011
Early Edition-Happy Mother's Day...because i really miss my mum
A tribute to all mothers....Happy Mothers' Day ...let's rock the world babe!!
Inila ma saya. Satu-satunya ibu saya di dunia ini. Yang tak pernah jemu bersama anak-anak di waktu senang dan susah, di waktu sihat dan sakit. Budinya tak ternilai, kasih sayang saya padanya mengatasi segala-galanya. Dan yang paling berkesan di hati setiap kali teringat, ibu tua ini sanggup tidur di atas lantai hospital yang sejuk beralaskan sleeping bag nipis, semata-mata menemani saya semasa melahirkan Dzariff. Juga menyiapkan air mandian saya dan Dzariff sepanjang tempoh berpantang, menyiapkan makan minum saya, walaupun dia sendiri tidaklah sesegar dan sekuat mana.
Saya tak berkesempatan merasai pengalaman bersama ibu mertuaku kerana sewaktu mengahwini Enche Suami, bondanya telah pergi selama-lamanya. Cuma mendengar cerita dari ipar duai sahaja. Apa pun, saya pasti dia seorang wanita tabah dan istimewa kerana berjaya membesarkan kesemua 11 anak-anaknya.
Nordin & Raubah's clans Dan seterusnya, to all my siblings...selamat meneruskan tugas menjaga dan mendidik anak-anak kita. Semoga usaha kita diberkati Allah...aminnnnn |
Raya tahun ni, kita panggil pro photographer yek....kena buat family pic kaw-kaw!
Tak lupa juga...kepada che puan di bawah ni...
...dengan harapan dan doa teguhlah membesarkan, mendidik dan menyayangi anak dan suami tercinta. Semoga hidup sentiasa diberkati ALLAH...aminnnnn
Tak lupa juga...kepada che puan di bawah ni...
...dengan harapan dan doa teguhlah membesarkan, mendidik dan menyayangi anak dan suami tercinta. Semoga hidup sentiasa diberkati ALLAH...aminnnnn
Monday, April 18, 2011
Cerita TEC
Jom jengok aktiviti Dzariff di TEC pulak. Asyik-asyik duk cerita pasal CVC aje. TEC juga memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri seorang budak bernama Dzariff ni. Dzariff join lawatan ke GIANT bersama kawan-kawan AMAZING CLASS. Teacher Anny bagitau mama dia masukkan Dzariff dalam troli...ni mesti sebab ada mamat yang tak reti duk diam, nak lepas bebas aje. Tak kesahla...janji dia join semua aktiviti sekolah. Bila disuruh ambil buah dan benda-benda berkhasiat taknak..yang nak ice cream dengan coklat aje...ish ish ishh...patutla tembam aje badannya. Bila teacher nak bayar hasil bershopping, sempat dia sambar Kitkat kat kaunter.
Teacher Su, nak yang tu la......Mama kita selalu beli yang tu. |
Ini saya yang punya....huahuahuaaaa!! |
Lepas tu, last week, Dzariff berjaya jadik chef. Mentang-mentangla rancangan kegemarannya Iron Chef, asal bab masak, makan aje...number 1 la jawabnya. Teachers ajar chef-chef muda buat beskut Gingerbread Cookies. Mama pun tak pernah buat beskut ni. Tapi sedapnyaaa.....sebab anak sendiri yang buat..
Saya berikrar akan menjadik seorang Iron Chef yang terer. Supaya dengan senangnya dapat mengalahkan mama saya dalam urusan masak-memasak nanti...aminnnn!!! |
Tadaaaa......Yummylicious! |
Saya suka TEC. Dan saya rasa saya sudah buat pilihan yang tepat sekolahkan Dzariff di sini. Teachers are wonderful dan sentiasa menerima keadaan Dzariff yang istimewa. Aktiviti pula banyakkkkkk.....toys banyakkkk...books banyaakkkkkk....
Saturday, April 16, 2011
RIP Atok Soon Dzariff
Semalam dapat tahu, Atok Soon Simpang Renggam yang tolong urutkan Dzariff dan kawan-kawan seangkatannya tu dah meninggal dunia 3 hari yang lepas. Kali terakhir kami jumpa Atok Soon kira-kira dua minggu lepas. Kemudian, kami dapat tahu dia demam, tak lalu makan dan minum. Tahu dia meninggal pun dari ibu-ibu CVC yang baca akhbar bahasa Cina, ada obituary Atok Soon. Sedihnyaaa hati mama. Atok Soon sangat baik hati, orangnya sangat lembut. Dan Dzariff mama sayangkan dia walaupun baru 2 bulan kami mengenalinya. Rest in peace Atok Soon. We love you!!!
**sangat ralat kerana tak pernah pun bergambar dengan Atok Soon, bila dia dah tak ada, baru rasa kesal**
Thursday, April 14, 2011
Cerita jam 2 pagi
Malam tadi, sebelum tidor, saya berikan ubat selsema, batuk dan vitamin kepada Cik Mamat ni. Pukul 2 pagi, dia resah gelisah dalam tidor, saya bangun...cuba tepuk2 dia, selalunya dia sambung tidor. Kali ni tak..pegang kepala tak panas pun. suam-suam aje. Pelik...tetiba teringat zaman kecik-kecik dulu, Dzariff selalunya panas dalam bila demam. Saya pun pegi carik termometer...check...tu diaaa.....39 degree. Terus kejutkan papanya, suh amik ubat bontot. 10 minit lepas tu...dah ok balik, taknak tidor dah....masalahnya mama ngantuk dah. Pagi tadi, dah rasa ngantuk kategori gaban and dzariff pun duk ih ah ih ah dalam tido. Saya call pentadbir sekolah, nak amik cuti rehat la....jaga anak sakit+dah tak larat..ngantuk amat! Hari ni best pulak duk rumah jaga dia...siap boleh vacuum rumah lagi...kalaulah hari-hari tak yah pegi keje kan best...pastu sapa nak bagi ko duit tetiap bulan dila oiiiii!!!
Klinik Part 4
Malam ni revisit klinik lagi. Dzariff masih belum sembuh batuk dan selsema. Ubat dulu dah habis, bila pegi klinik Audiologi kat HSI ari tu, doctor dah sambung ubat. Dah habis pun sebotol tapi masih belum ok lagi. Mama risau dengar dia batuk bunyi kahak. Hidung pulak kembali meleleh. Semalam di CVC, mama tengok dah ramai budak meleleh air hidung. Huhu..baru je nak sembuh, dah kena virus selsema cap lain pulak. Doctor bagi 4 jenis ubat: batuk, selsema, demam and vitamin. Mama mintak antibiotik, doctor tu pun bersyarah panjang pasal antibiotik..nanti bila demam teruk, kasik antibiotik dah tak jalan sebab body dah imune. Baiklah doctor...lagipun u are the doctor, u should know better than me kan! Lagipun Dzariff aktif aje.. mama gelak aje la....sambil bagitau dzariff ni autisme+hyper. Ni bukan doctor yang selalu treat Dzariff, doctor yang ni muda sangat lagi. Kalau Uncle Doctor yang biasa tu, dia memang dah biasa sangat dengan karenah Dzariff dalam klinik dia. Siap edisi siasat perkembangan speech and motor skills Dzariff, pastu catat dalam folder Dzariff. Padahal pegi klinik dia sebab demam aje.
Lepas tu singgah kedai gunting rambut. Apa lagi, meliuk lentukla badan cik mamat kita bila kena gunting. Rasanya sensori kat kepala masih sensitif. Lagi pun mamat gunting tu tak berapa cekap handle budak, terpaksalah mama pegang dia jugak. Habis baju mama kena rambut...huhuhu!
Sunday, April 10, 2011
I am trying to socialize mama!!!
Welcome Monday, the beginning of a new week! Hari ini pergi ke sekolah dengan muka yang berseri-seri (tegur kawan-kawan semasa perhimpunan pagi tadi). Battery sudah recharge sebab kaum kerabat datang berkunjung ke rumah.
Mari bercerita tentang anak bujang saya yang sememangnya dikenali sebagai "buat hal sendiri" tu di kalangan sepupu sepapatnya. Cousins Dzariff, Afiq (6 y.o) dan Aisyah(4 y.o) juga datang berkunjung ke rumah kami. Afiq dan Aisyah tinggal di KB bersama ayah, Tok Ma, Tok Ayoh and Cik Ta. Mamanya masih dalam proses rayuan bertukar ke Kelantan. Sebaik sampai di rumah kami, dua beradik ni tak putus-putus ajak Dzariff main sama-sama. Tapi tuan rumah buat dekkk aje. Sabarjela. Dzariff tak kisah pun cousins main dengan segala mainan, buku, basikal, scooternya. Malam tu, semasa dinner, saya nampak Dzariff pegang tangan Aisyah. Tapi lepas tu, back to "cold mood" balik. Petang semalam, barulah Dzariff nak main-main dengan cousins dalam playroom sambil tengok CD Magic English. Dan malamnya main kejar-kejar sekeliling rumah. Juga join kami semua berborak-borak sebelum tidur. Jangkamasa yang diperlukan untuk dia get along dengan strangers adalah 2 hari setengah!! Fuyooooooo!!!! Marah betul dia bila saya suruh naik atas dan tidur. Pagi ni, kena ke tadika pulak, dan tetamu di rumah juga akan pulang. Kesian Dzaiff, balik nanti rumah dah sunyi sepi macam biasa.
Begitulah masalah komunikasi dan kesukaran bersosial yang dihadapi oleh penghidap autisme. Bukannya berlagak sombong, tapi mereka tak mampu untuk excellent dalam bersosial. Kalau mamanya, bagi 5 minit pun dah boleh pot-pet macam kenal 10 tahun. Tak apalah Dzariff, kayuh pelan-pelan...nanti oklah tu kan!
Mari bercerita tentang anak bujang saya yang sememangnya dikenali sebagai "buat hal sendiri" tu di kalangan sepupu sepapatnya. Cousins Dzariff, Afiq (6 y.o) dan Aisyah(4 y.o) juga datang berkunjung ke rumah kami. Afiq dan Aisyah tinggal di KB bersama ayah, Tok Ma, Tok Ayoh and Cik Ta. Mamanya masih dalam proses rayuan bertukar ke Kelantan. Sebaik sampai di rumah kami, dua beradik ni tak putus-putus ajak Dzariff main sama-sama. Tapi tuan rumah buat dekkk aje. Sabarjela. Dzariff tak kisah pun cousins main dengan segala mainan, buku, basikal, scooternya. Malam tu, semasa dinner, saya nampak Dzariff pegang tangan Aisyah. Tapi lepas tu, back to "cold mood" balik. Petang semalam, barulah Dzariff nak main-main dengan cousins dalam playroom sambil tengok CD Magic English. Dan malamnya main kejar-kejar sekeliling rumah. Juga join kami semua berborak-borak sebelum tidur. Jangkamasa yang diperlukan untuk dia get along dengan strangers adalah 2 hari setengah!! Fuyooooooo!!!! Marah betul dia bila saya suruh naik atas dan tidur. Pagi ni, kena ke tadika pulak, dan tetamu di rumah juga akan pulang. Kesian Dzaiff, balik nanti rumah dah sunyi sepi macam biasa.
Begitulah masalah komunikasi dan kesukaran bersosial yang dihadapi oleh penghidap autisme. Bukannya berlagak sombong, tapi mereka tak mampu untuk excellent dalam bersosial. Kalau mamanya, bagi 5 minit pun dah boleh pot-pet macam kenal 10 tahun. Tak apalah Dzariff, kayuh pelan-pelan...nanti oklah tu kan!
Afiq - masa mula-mula belajar main air...sangat penakut! |
Aisyah - comel budak ni. Ala-ala Jepun! |
First time beli swimming suit. Segala alat-alat keselamatan dipakai. |
Subscribe to:
Posts (Atom)